Trip Journal

Tuesday 4 December 2012

Italian Macaroon

Abby... u hantar i g baking class...oh no... masak lauk pun masih ikut buku inikan pula baking...
Terkenang peristiwa x'mas.... Tak tau nak bezakan antara biskut coklat yang masak @ separa rentung....Hahaha....

Saya abadikan resepi macarons disini sebagai rujukan .....


100g Putih telur
135g Serbuk badam
250g Gula icing

25g Gula pasir halus
 Pewarna (Water Base)
Sedikit jus lemon

Note: Pastikan bekas yang digunakan adalah kering ya....

Cara membuatnyer:
Pukul telur putih bersama sedikit jus lemon sehingga kembang.
Masukkan gula pasir dan gula halus sedikit demi sedikit.
Masukkan pewarna.....
*Berhenti..... bila adunan nampak keras....

 Masukkan badam dan gaul manual dengan teknik scope.....
 sehingga adunan nampak berkilat.

Sediakan dulang pembakar yang telah dilapik dengan silikon @ kertas minyak....
masukkan adunan dlm piping beg, gunakan nozzle No.10 ya .... picit2 daaaaa siap...
Kalau tgk permukaan kulit nampak tak sekata ketuk2 permukaan bawah talam ya...

Belum lagi... tunggu sehingga 4 jam @ permukaan atas kulit macarons nampak kering.
Bakar dalam suhu 150'c /155'c (bergantung pada oven)
Gunakan api atas dan bawah, no fan ya...
Estimate 10min dah masak....

Tip...
1) Sejukkan diatas lantai @ permukaan yang sejuk....
2) Sebaiknyer buat macarons nie bila cuaca panas ya....

 * Thanks sifu Chef Fairuz....... saya belum cuba lagi.... sekarang musim hujan...hehehe alasan.



Thursday 11 October 2012

Pulau Perhentian

 
 M.E.R.D.E.K.A..... M.E.R.D.E.K.A....   Perhentian saya jelajahi....  
 
 
Pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang perjalanan TOILET ... aduhai kenapalah tak der RNR disini ya ... Selepas sarapan terus ke jeti beli tiket ... hehehe dalam hati sudah terbayang2 keindahan pantai hasil pencarian en google...Perjalanan hampir 7 jam amat meletihkan.... Tido ... Tido ... Tido...
Naik bot... sudah terbayang2 keadaan sewaktu disarawak, alamak janganlah saya buat aksi disini pula....
 
 
 
hehehe.... lajunyer... oit dah nama pun bot lajukan... hehehe selepas 45 minit mengharungi lautan terasa amat bersyukur dengan keindahan alam sekeliling... wah cantiknyer... klik2x kamera ....
 
   
 
Wah... bercanda di persisiran pantai... kita memadu asmara... oh sungguh indah..... Rehat2x ... Enjoy dulu.. 


 

Nie view depan hotel jer... cantikkan kan...
Aik... ikan kenapa suka gigit ... oh patutlah... ada lubang tempat berkubang rupayer... Sorry ikan... Eh terpijak apa nie... lembik dan licin... mak... tolong anakmu yang penggeli nie... Lor... Gamat rupenyer.... isk2 selama nie tahu air gamat... minyak gamat... jer... Marilah kita menjaga kebersihan pantai hehehe... dah masuk 3 series baru tahu keindahan dilautan... Ya ALLAH sungguh indah ciptaanmu... Ehhh... penyu... besarnyer.... yang nie kenalah snorkeling yer
 

Pakej snorkeling ada banyak... tengok poket tanya budget.... hahaha .... Walaupun tak teror sangat berenang, itu bukan alasannyer... Apa yang penting keberanian.... Enjoy !!!!



Percutian 3 hari 2 malam... L.E.T.I.H dan S.U.K.A .... Tunggu saya mau datang lagi ....

 









Tuesday 20 December 2011

Tahap .... K.E.W.A.N.G.A.N.

En Irfan Khairi telah membuka mindaku.... xoxoxo Dimana tahap kewangan anda sekarang...? Ditahap selamat atau tidak.... zaman sekarang nie, kita kena ada ilmu tentang pengurusan kewangan... silap sikit menjadi hamba hutang a.k.a hamba duit... kerja 8@12 jam sehari..... cukup bulan, bayar hutang.... inilah lumrah hidup kita sekarang.... dulu2x keliling rumah ada tanaman yang boleh dituai hasilnyer.... kini nak makan sambal kicap pun kena beli cili api .... lumrah hidup dikota rumah tak bertanah.... a.k.a malas nak berkebun....

 
Kewangan boleh diklasifikasikan kepada 4 tahap ....

1. Kewangan tidak selamat (Finacially not secure) Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja.Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…

2. Kewangan Selamat (Financially secure)Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!


3. Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).


4. Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.
 

 
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.... teruskan usaha.... !

Monday 19 December 2011

TIGA SERIES & K.O.L.A.G.E.N

Tik...Tok...Tik...Tok... sudahpun menginjak ke usia 3 series .... perkara pertama yang mula bermain difikiran ... K.E.D.U.T.A.N.... alamak.... seolah2 tak boleh terima kenyataan.... nasihat seorang kawan makanlah K.O.LA.G.EN ia dapat menyuburkan kulit yang cantik dari dalam ke luar!!! 


Yes... ISO.3 ZHULIAN menjadi pilihanku.... sihat sambil berjimat.... cukup bulan ada pulangannya... nak tahu email saya ya.....
 

Dengan peningkatan usia, serat kolagen kehilangan tekstur lembabnya, menjadi tidak kenyal dan seterusnya mengakibatkan pembentukan kedutan dan kehilangan kekenyalan kulit. Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis dengan Ekstrak Buah-Buahan ISO.3 membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisma kolagen dikekalkan di tahap yang optimum. Kolagen marin terhidrolasis di dalam ISO.3 diperolehi daripada kulit ikan berkualiti tinggi adalah sumber kolagen terbaik yang diketahui. Berat molekulnya adalah antara 1000-2000, di mana ia membenarkan penyerapan yang lebih pantas kedalam tubuh keran ia telah dicernakan terlebih dahulu melalui proses 'hidrolisis'.
Formulasi unik ISO.3 terdiri daripada bahan bio-aktif yang diperkaya dengan antioksida dan fitokimia seperti Ekstrak Ceri Acelora, Ekstrak Biji Kiwi, Serbuk mutiara, Serbuk Gel Aloe Vera, Kompleks Karotenoid dan Serbuk Buah-buahan Campuran yang bertindak sejajar dengan objektif penjanaan kecantikkan dari dalam ke luar.
Huhuhu tak sabar nak tgk perubahanku....